Thursday, 29 December 2016

AMIRUL ERFAN 25 JANUARI 2017

ASSALAMUALAIKUM





PERTAMA  SEKALI AYAH DOAKAN ERFAN,SIHAT WALAFIAT DAN MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 15 DENGAN GEMBIRA.BIARKAN AYAH DENGAN AIR MATA.AYAH DAH BIASA DENGAN AIR MATA.


SEJAK USIA SETAHUN,AYAH KEHILANGAN IBU BAPA TERSAYANG DAN JADILAH AYAH SEORANG ANAK YATIM PIATU.SEJAK MENGETAHUI DIRI INI SEORANG ANAK YATIM PIATU,AYAH BERMANDIKAN AIR MATA SIANG DAN MALAM.
MUJURLAH ADA DATOK NENEK SEBELAH IBU MEMBERIKAN KASIH SAYANG SEPENUH HATI DAN PERASAAN MEMBESARKAN AYAH.


KASIH SAYANG DATOK DAN NENEK ,PERHATIAN,PENJAGAAN DAN SEBAGAINYA TELAH MENGURANGKAN AIR MATA KESEDIHAN BERGELAR YATIM PIATU.AMAT BESAR JASA MEREKA MEMBERI KASIH SAYANG DAN PERHATIAN.


APABILA MERINDUI IBU BAPA,AYAH MEMANGGIL DATOK ITU ‘AYAH’ DAN NENEK ITU ‘MAK’.MEREKALAH IBU BAPA AYAH SEJAK KEMATIAN IBU BAPA TERSAYANG.MEREKALAH SEGALANYA BAGI AYAH.


APABILA KEDUA-DUA DATOK NENEK MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 2013,AYAH KEHILANGAN TEMPAT BERMANJA DAN PERHATIAN.TIADA LAGI KATA NASIHAT DAN KASIH SAYANG ….


APABILA MENZIARAHI PUSARA ARWAH DATOK,MATA INI BERKACA.TERINGAT SEORANG DATOK YANG TUA MENGAYUH BASIKAL MENGHANTAR AYAH INI KE SEKOLAH SETIAP PAGI DAN PETANG.KETIKA USIA AYAH 10 TAHUN,BARULAH AYAH MENGAYUH SENDIRI BASIKAL KE SEKOLAH.


KETIKA BERUSIA 8 TAHUN DI SEKOLAH,AYAH CEDERA KETIKA BERSUKAN DAN PATAH TANGAN KIRI .


6 BULAN AYAH TIDAK KE SEKOLAH DAN SEHINGGA HARI INI TANGAN KIRI AYAH TIDAK BOLEH MENGANGKAT BENDA YANG BERAT.


NAMUN KEKURANGAN BUKANLAH ALASAN UNTUK GAGAL DALAM PELAJARAN.MEMBESAR SEBAGAI YATIM PIATU,TANGAN KIRI PATAH,AYAH MENCATATKAN KEPUTUSAN CEMERLANG DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH.SEHINGGA KINI,AYAH MASIH MENZIARAHI GURU SEKOLAH RENDAH YANG BANYAK BERJASA KEPADA AYAH SEPERTI CIKGU AZIZAH,CIKGU ISMAIL,USTAZAH MARYAM DAN LAIN-LAIN.



AYAH SENTIASA DOAKAN SEMUA GURU ,PENSYARAH DAN SEDEKAHKAN AL-FATIHAH BUAT MEREKA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.
PABILA TIBA JANUARI,PASTI ADA AIR MATA AKAN TUMPAH.TERINGAT TARIKH KERAMAT 25 JANUARI SETIAP TAHUN .



KETIKA IBU KAMU SARAT MENGANDUNG,AYAH SENTIASA MENUNAIKAN SOLAT TAHAJJUD DAN HAJAT DAN ALHAMDULILLAH IBU KAMU SELAMAT MELAHIRKAN KAMU DALAM KEADAAN SIHAT WALAFIAT DI HOSPITAL MUAR.
AYAH HANYA SEMPAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PERTAMA DAN KEDUA.SELEPASNYA TIDAK BERPELUANG DAN KINI ERFAN TELAH MENJANGKAU 15 TAHUN.



AMAT PANTAS MASA BERLALU….SEAKAN BARU SEMALAM MELAUNGKAN AZAN DAN IQAMAT DI TELINGA KAMU.



MAAFKAN AYAH.AYAH BUKAN PENULIS SURATAN TAKDIR.


AYAH BUKAN SANG ALGOJO YANG MAMPU MEMERINTAHKAN SEGALANYA.


AYAH HANYA SEORANG INSAN  BIASA,HIDUP DI BAWAH EHSAN RABB YANG MAHA PERKASA.AYAH REDHA DAN QANAAH SEGALA SURATAN BAIK ATAU BURUK.
TEPAT  25 JANUARI SETIAP TAHUN,MATA INI BERGENANG DAN ADIK-ADIK ERFAN YANG TINGGAL BERSAMA AYAH PASTI MENGINGATINYA.



MEREKA MEMAHAMI 25 JANUARI AMAT PENTING DALAM HIDUP AYAH.MEREKA TAHU AIR MATA SEORANG AYAH YANG RINDUKAN ANAK SULONGNYA.MEREKA MEMAHAMI BILA TANGISAN INI MENGALIR SEPANJANG MALAM MERINDUI SEORANG ANAK SULONG YANG AMAT DIKASIHI.



SEBAGAI SEORANG AYAH ,TIDAK MAMPU MELAKUKAN APA YANG SEPATUTNYA SEBAGAI SEORANG AYAH.MENYUAPKAN KEK,MEMBELIKAN PAKAIAN BARU,MEMBERIKAN HADIAH NAMUN PELUANG SEBAGAI SEORANG AYAH TELAH DIRAGUT MANUSIA DURJANA  DAN EGOLISTIK  SEJAK 12 TAHUN LAMPAU HINGGALAH KINI.AYAH REDHA DALAM KEPAHITAN.


MASA-MASA EMAS YANG TELAH BERLALU TIDAK AKAN BERULANG KEMBALI,APA YANG MAMPU AYAH LAKUKAN HANYALAH BERDOA UNTUK KESEJAHTERAAN ERFAN  PADA 25 JANUARI.AYAH MERENUNG SEMUA GAMBAR ERFAN KETIKA MASIH BAYI HINGGALAH REMAJA.


APA YANG PASTI,KEHIDUPAN ERFAN DENGAN IBU KANDUNG DAN AYAH TIRI YANG KAYA RAYA LEBIH SEMPURNA BERBANDING AYAH YANG KAIS PAGI MAKAN PAGI,KAIS PETANG MAKAN PETANG.ITULAH REZEKI ERFAN.

ALHAMDULILLAH ….


JIKA ERFAN TINGGAL BERSAMA AYAH,MUNGKIN TERASA MENYESAL BERLAUKKAN KICAP MANIS DAN LAUK TANPA GARAM SEPANJANG MINGGU,BULAN DAN TAHUN.ALANGKAH BERTUAHNYA BERADA DALAM KELUARGA KAYA RAYA.BERSYUKURLAH.ITU SURATAN ERFAN.


AYAH MOHON MAAF KERANA PADA TARIKH PENTING 25 JANUARI 2017 ,AYAH TIDAK DAPAT BERSAMA-SAMA ERFAN,MERAIKAN ULANGTAHUN ERFAN KE 15 TAHUN.


AYAH MELIHAT ERFAN SEMAKIN MATANG,BOLEH DIAJAK BERBUAL DAN BERDIKARI.AYAH MOHON MAAF ATAS SEGALA KEKURANGAN DAN KELEMAHAN AYAH YANG TERLAMPAU BANYAK.TAK MAMPU DIHITUNG DENGAN JARI.AYAH SEORANG INSAN NAIF,JAHIL,MISKIN.SEGALA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN MILIK AYAH……



MOYANG TERAKHIR DAN TERDEKAT TELAH MENINGGAL DUNIA DAN AYAH TELAH MAKLUMKAN KEPADA PIHAK SEKOLAH DAN LAYANAN PIHAK SEKOLAH AMAT MENAKJUBKAN.MOYANG TERAKHIR,HAJJAH MARYAM ADALAH KAKAK IPAR KEPADA MOYANG ERFAN,ALLAHYARHAMAH HAJJAH KHADIJAH .APABILA KEDUA-DUA MOYANG ERFAN MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 2013 ,ERFAN TIDAK HADIR ,MUNGKIN BERANGGAPAN KETURUNAN SEBELAH AYAH KANDUNG TIDAK SEHEBAT  IBU KANDUNG DAN AYAH TIRI……..TIDAK MENGAPA,TUHAN MAHA MENGETAHUI.



MEMANG SEDIH MELIHAT JENAZAH MOYANG KAMU DIMANDIKAN,DISOLATKAN,DIKEBUMIKAN TANPA KEHADIRAN KAMU.AYAH PUN TAK FAHAM APAKAH PENGAJARAN DAN DIDIKAN IBU KANDUNG DAN AYAH TIRI KAMU ,MUNGKIN MEREKA MENGANGGAP MOYANG ERFAN SEBELAH AYAH KANDUNG  TIDAK SEHEBAT MOYANG MEREKA….



MOYANG KAMU MENINGGAL DUNIA DALAM RAMADHAN ,4 TAHUN LEPAS.ADAKAH KAMU TAHU ATAU TIDAK,AYAH PUN TAK TAHU.MEMPUNYAI KERETA MEWAH,GAJI YANG BESAR ,NAMUN TIDAK MAMPU MEMBAWA ERFAN MENZIARAHI JENAZAH MOYANG BUAT KALI TERAKHIR …BETAPA MISKINNYA JIWA MEREKA.BENARLAH KATA HUKAMA’


“MISKIN JIWA LEBIH HINA BERBANDING MISKINNYA HARTA”


MUNGKIN MAZHAB USTAZ AMOM  DAN USTAZAH ALISA TIDAK MEMBENARKAN ERFAN MENZIARAHI MOYANG BUAT KALI TERAKHIR KONONNYA TIDAK SEMULIA KETURUNAN MEREKA.MUNGKIN JUGA KETURUNAN MEREKA BERDARAH PUTIH SEPERTI MAHSURI,KETURUNAN AYAH HANYA BERDARAH MERAH …


ITULAH KASTA YANG DIAJAR OLEH IBU KANDUNG DAN AYAH TIRI KAMU?
MEMANG MENYEDIHKAN TIDAK MELIHAT ERFAN PADA HARI TERAKHIR JENAZAH MOYANG KAMU BERADA DI ATAS BUMI.MALAH SEHINGGA KINI PUN ,MUNGKIN ERFAN TDIAK PERNAH MENZIARAHI PUSARA MOYANG ….MUNGKIN JUGA TIDAK TAHU DI MANAKAH PUSARA MEREKA.


AYAH MASIH TIDAK MEMAHAMI  AJARAN DAN DIDIKAN IBU KANDUNG DAN AYAH TIRI ERFAN.MEREKA SENTIASA ANGGAP DIRI MEREKA MAHA MULIA,MAHA HEBAT,MAHA BENAR,DAN BAPAK SEGALA MAHA MILIK MEREKA.
MANAKALA AYAH KANDUNG INI PALING BODOH,PALING BEBAL,PALING JAHIL,PALING MISKIN…

TAHUN INI,2017 ,TAHUN YANG AMAT PENTING KEPADA ERFAN.


PT3  ADALAH UJIAN  AWAL  YANG JUGA  PENTING DALAM SEKOLAH MENENGAH SEBELUM SPM MENJELMA.


Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris/Sains/Matematik/Sejarah/Geografi/Pendidikan Islam
Kemahiran Hidup/Bahasa Arab
A Cemerlang (85 – 100)
B Kepujian (70 – 84)
C Baik   (60 – 69)
D Memuaskan (50 – 59)
E Mencapai tahap minimum (40 – 49)
F Belum mencapai tahap minimum (1 – 39)



WLUPUN AYAH SIBUK DENGAN PELBAGAI URUSAN,AYAH SENTIASA MEMERHATI SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ERFAN.JANGAN INGAT,AYAH BERJAUHAN DAN AYAH TIDAK PEDULI DENGAN PENDIDIKAN KAMU.


AYAH MEMANTAU KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ERFAN SEJAK ERFAN TAHUN 3 DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BUKI BATU LAGI ,WALAUPUN SEKALI PUN AYAH TIDAK PERNAH MELAWAT KAMU DI SANA.AYAH SENTIASA MENGHUBUNGI PIHAK SEKOLAH BERTANYA KAMU DAN GURU BESAR SKSBB YANG MMS SLIP KEPUTUSAN UPSR 6A  ERFAN DAHULU.TERIMA KASIH GURU BESAR.


AYAH SENTIASA DOAKAN KEJAYAAN ERFAN DALAM PELAJARAN WALAUPUN IBU KANDUNG DAN  AYAH TIRI KAMU YANG DAPAT KREDIT,AYAH TAK KISAH.BIARLAH DUNIA MEMBENCI AYAH KERNA AYAH MISKIN DAN BODOH,NAMUN TUHAN MAHA MENGETAHUI AYAH BERTAHAJJUD DOAKAN KAMU SEPANJANG MALAM DISULAMI TANGISAN.


KEPUTUSAN ERFAN AKHIR TAHUN 2A,6B,2C AMAT MENYEDIHKAN.AYAH BERASA  DAN MENJANGKA ERFAN BOLEH MENDAPAT KEPUTUSAN  7A 2B 1 C ,NAMUN KEPUTUSAN TELAH BERLALU.JIKA AYAH BERDEKATAN,AYAH MAHU BUAT TUISYEN SETIAP HUJUNG MINGGU BUAT ERFAN SEBAB PT3 AMAT PENTING NAMUN APA NAK DIKATA,AYAH BERADA JAUH DAN KESUNTUKAN MASA.

ADIK  KAMU,NUR AS SAFA AKAN MENGAMBIL UPSR DAN AYAH HARAP KAMU DOAKAN DIA BERJAYA DENGAN CEMERLANG .AYAH MAHU DIA BERJAYA SEPERTI KAMU KETIKA PEPERIKSAAN UPSR LEPAS.


AYAH SENTIASA DOAKAN SEMUA ANAK KANDUNG AYAH CEMERLANG DALAM PELAJARAN.


BAGI MEMUDAHKAN ERFAN BERHUBUNG DENGAN AYAH MELALUI INTERNET ,GUNAKAN :


https://hangouts.google.com/
Emel : amirulerfansaat@gmail.com
Password : XXXXXXXXXX

nanti password ,ERFAN BOLEH TUKAR .


KITA BOLEH CHAT,BERBUAL DAN BERKONGSI MENGENAI MATA PELAJARAN DAN SEBAGAINYA.IA MENJIMATKAN MASA.ERFAN BOLEH BERTANYA APA SAHAJA MELALUI CHAT TERSEBUT.


BELAJARLAH GUNAKAN INTERNET SEBAGAI WAHANA PERHUBUNGAN KITA.
KADANGKALA AYAH AMAT SEDIH KERNA ERFAN APABILA MENGHUBUNGI AYAH,HANYA SEMINIT DUA SAHAJA BERBUAL SEDANGKAN KITA BOLEH BERBUAL LAMA.BANYAK PERKARA MENGENAI PELAJARAN AYAH MAHU KONGSIKAN DENGAN ERFAN.


MANAKALA AYAH  TIDAK DAPAT MELAWAT ERFAN SELALU LANTARAN KESIBUKAN KERJA SIANG WAL MALAM.


WLUPUN KITA BERJAUHAN,DOA AYAH SENTIASA BUAT ERFAN,DULU,KINI DAN SELAMANYA…


AYAH SUKA BLOGGING DAN INI SALAH SATU BLOG AYAH :
http://cerpensaat.blogspot.my/


25 JANUARI MEMBAWA MAKNA YANG BESAR DALAM KEHIDUPAN AYAH,NAMUN TARIKH ITULAH JUGA AYAH DISULAMI AIR MATA MERINDUI ANAK SULONG BERNAMA AMIRUL ERFAN.TARIKH ITU JUGA SEAKAN MIMPI NGERI TANPA PENAMATNYA.


SEMPENA ULANGTAHUN KAMU KE 15,AYAH MENDOAKAN KAMU DISIHATKAN BADAN,DIMURAHKAN REZEKI,DIPANJANGKAN USIA,DIBERI KEJAYAAN CEMERLANG DALAM PELAJARAN.


AYAH JUGA MENDOAKAN ERFAN MENJADI CONTOH TERBAIK KEPADA ADIK KESAYANGAN NUR AS SHAFIAH DAN RAJIN-RAJINLAH MENASIHATINYA AGAR LEBIH TEKUN DALAM PELAJARAN.KEPUTUSAN AKHIR TAHUN SHAFIAH AMAT MENYEDIHKAN.AYAH BERDOA SHAFIAH BERUBAH MENJADI SEORANG PELAJAR YG LEBIH RAJIN MENGULANGKAJI PELAJARAN DAN PERBAIKI KELEMAHAN.
AYAH MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN ANDAINYA TERKASAU BAHASA,TERSILAP BICARA,TERSASUL KATA DAN SEBAGAINYA.


SEMOGA ALLAH SWT TEMUKAN KITA DI JANNAH NANTI,AMIN.
SEMOGA MAJU JAYA DUNIA AKHIRAT!



AYAH MISKIN HARTA NAMUN
KAYA INSANIAH ………….








………………………………………..




Saturday, 10 December 2016

Teaching ENGLISH


Berbekalkan sedikit ILMU,Ayah mengajar anak-anak .

Semoga kalian berjaya ................

Friday, 9 December 2016

2016 AKAN BERAKHIR

Hari ni 10 Disember .................

Shafiah,maafkan Ayah kerna tidak menziarahi kamu sepanjang 2016 ........

Pelbagai kesulitan dan kesukaran dilalui dalam kehidupan ini.

Semoga MEMAHAMI.......

Ikhlas,

Ayah

Friday, 8 April 2016

Sunday, 3 April 2016

Metallica - Nothing else matter lyrics

BELAJARLAH HIDUP BERDIKARI .....

“Anakku….Ayah dibesarkan dalam kesusahan,kepahitan dan mungkin tidak akan meninggalkan harta berjuta buat kalian,namun Ayah hadiahkan pendidikan dan adab mulia buat kalian.Nenek moyang kalian tidak meninggalkan harta dan wang kepada Ayah ,mereka hanya memberi ilmu pengetahuan dan adab.Ayah belajar BERDIKARI menjalani kehidupan …”










Thursday, 7 January 2016

Anakku ...

ANAKKU, APABILA TIBA 25 JANUARI ,MATA INI BERKACA.MAAFKAN AYAH JIKA TAK DAPAT HADIR ULANG TAHUN KE 14 .WLUPN BERJAUHAN, AYAH TETAP BERSOLAT HAJAT DAN DOA.ITULAH SHJ MAMPU AYAH BERIKAN.

ANAKKU.....AYAH SUKA MEMASAK SJK SEKOLAH MENENGAH HINGGA KINI.SAYANGNYA KITA TAK BERPELUANG MAKAN BERSAMA HASIL AIR TANGAN AYAH.BANYAK PERKARA AYAH IMPIKAN NAMUN TAK KESAMPAIAN.......

ANAKKU....AYAH PINTA , JANGAN SALAHKAN SESIAPA.BERSIHKAN JIWA TERUSKAN KEHIDUPAN.SETIAP PERJALANAN ADA DURINYA DAN KITA TERPAKSA MELALUI KEHIDUPAN SEBEGINI.TERUS MELANGKAH KERNA PERJALANAN MASIH PANJANG.......

ANAKKU...BYK PERKARA AYAH MAHU KONGSIKAN.BGMN ZAMAN KANAK2 AYAH, REMAJA, PERCINTAAN, KENANGAN DAN SEGALANYA.NAMUN TUHAN TAKDIRKAN KITA TAK BERSAMA.ALANGKAH INDAHNYA AYAH DPT MEMBONCENG KAMU KE SUNGAI DAN SAWAH MELIHAT KEHIJAUAN PADI SBGMN DILAKUKAN MOYANG KAMU.AYAH MAHU MENGAJAR KAMU QURAN DAN PELAJARAN.AYAH TIDAK BERPELUANG.MAAFKAN AYAH......JANGAN SALAHKAN SESIAPA.ANGGAPLAH INI SURATAN KITA.

ANAKKU....AYAH BERHARAP KE AMERIKA TAHUN 2019 NANTI.AYAH BERHARAP KEHIDUPAN DI SANA, KALIAN LEBIH BAHAGIA TANPA AYAH.KALIAN TIDAK PERLU BERSUSAH PAYAH MENCARI DI MANA AYAH.KTK AYAH SEDEKAT INI PUN KALIAN TIDAK PEDULI, APA LG SEJAUH AMERIKA....

ANAKKU....APABILA AYAH PULANG DR MAAHAD, AYAH TIDAK MENOLEH. AYAH BERHARAP ITULAH KALI TERAKHIR PERTEMUAN KITA.AYAH MELIHAT KEBAHAGIAN WAJAH KAMU MEMBESAR TANPA AYAH.KAMU KELIHATAN SIHAT, BIJAK DAN TAMPAN.TANPA AYAH, KAMU BOLEH BAHAGIA......NAMUN BILA MELIHAT KALENDAR , 25 JANUARI MEREMBESKAN.

ANAKKU....AYAH SENTIASA MENANGIS.MENANGIS DI ATAS SEJADAH MEMOHON AMPUN.MENANGIS MELIHAT POTRET KENANGAN KITA YG TAKKAN BERULANG KEMBALI.....TAHUN LPS AYAH PERGI KE SERI PENINJAU FRASER HILL , MELIHAT SAKI BAKI KENANGAN SILAM.DI SITULAH KAMU MASIH BAYI MERASAI BAYU PAGI...KENANGAN ITU SEAKAN SEMALAM.

ANAKKU......KEHIDUPAN KITA TELAH DISURATKAN.JANGAN BERSEDIH DGN APA PUN YG TELAH, SEDANG DAN AKAN TERJADI.LALUILAH KEHIDUPAN DGN JIWA YG TENANG DAN BAHAGIA.INGATLAH, WANG TIDAK MAMPU MEMBELI KETENANGAN DAN KEBAHAGIAN....

ANAKKU, PENDIDIKAN ITU PENTING NAMUN JANGAN JADIKAN PENDIDIKAN SBG WAHANA EGO DAN SOMBONG SEHINGGA MENGHINA MEREKA BERPELAJARAN RENDAH.INGATLAH KITA SEMUANYA SAMA, LAHIR TELANJANG DAN MATI BERSELIMUTKAN KAIN KAFAN.

ANAKKU, ARWAH DATOK KALIAN AMAT MEWAH..DIBESARKAN DLM KELUARGA KAYA RAYA.NAMUN KEKAYAAN TIDAK SAMPAI KPD AYAH.SEMUA TANAH DAN HARTA AYAH TELAH SEDEKAHKAN KPD ORG MISKIN DAN MEMERLUKAN.BIARLAH AYAH HIDUP BERDIKARI MEMULAKAN KEHIDUPAN.AYAH TIDAK MAHU MEWARISI KEKAYAAN MEREKA.

ANAKKU...JANGAN MENITISKAN AIR MATA APABILA NAFAS AYAH TERHENTI.FIKIRKAN AYAH INI LELAKI BODOH, TIDAK BERGUNA, MISKIN, TIDAK BERPANGKAT, LEMAH DAN GAGAL MENJADI AYAH TERBAIK.FIKIRKAN BAHAWA AYAH INI HANYA SEBUAH MIMPI ....

ANAKKU, AYAH IMPIKAN MEMBAWA KESEMUA ANAK KANDUNG KE MEKAH DAN KITA SEMUA BERMUNAJAT BERDOA DI HADAPAN KAABAH.KITA MENANGIS MEMOHON PENGAMPUNAN DAN BERDOA DITEMUKAN DI SYURGA.

ANAKKU....AYAH TELAN PIL SJK TAHUN 2003.UMUR MENINGKAT, PELBAGAI PENYAKIT .NAMUN AYAH BERSYUKUR MASIH MAMPU BERNAFAS DAN CARI REZEKI.HIDUP ADALAH UJIAN DAN HADAPILAH.
ANAKKU, HUBUNGAN DARAH ADIK BERADIK SEBAPA PERLU DIAMBIL BERAT.JANGAN KERNA.BERLAINAN IBU, KALIAN TIDAK MAHU AMBIL TAHU SIAPA MEREKA.APABILA KALIAN BLOCK FB ADIK BERADIK , HANYA TUHAN YG TAHU NIAT KALIAN.INGATLAH SABDA NABI " TIDAK AKAN MASUK SYURGA MEMUTUSKAN.SILATURAHIM"

ANAKKU, AYAH AMAT JARANG.MELUAHKAN PERASAAN KPD SESIAPA KECUALI BLOG.AYAH LEBIH GEMAR MELUAHKAN DLM BLOG.JIKA.INGIN KENAL DIRI AYAH, BACALAH BLOG AYAH.KENALI AYAH MELALUI PENULISAN KERNA KALIAN TELAH DITAKDIRKAN HIDUP BERSAMA ORG LAIN.

ANAKKU, JIKA DITAKDIRKAN KITA TAK BERTEMU.LAGI, AMPUNI AYAH YG MISKIN INI.CUKUPLAH DOA DR KALIAN AMAT DIHARGAI.AYAH SEDIAKAN SEDIKIT SIMPANAN DAN MILIK KALIAN APABILA USIA GENAP 18 TAHUN.HANYA ITU TERMAMPU AYAH BERIKAN.AYAH MENGAKU DIRI INI TIDAK SEKAYA IBU DAN AYAH TIRI KALIAN.

ANAKKU, AYAH TIDAK MEMPUNYAI BANYAK MASA LG.100 BUKU PERLU DISIAPKAN.1000 PROPOSAL, SKRIP DAN PELBAGAI NOVEL.KEBAHAGIAN AYAH IALAH MENULIS.AYAH TERUSKAN WLUPN PENULISAN TIDAK MENJANJIKAN KEKAYAAN.AYAH MENGEJAR KEPUASAN HIDUP DAN MENULIS ADALAH KEPUASAN.

ANAKKU, DUNIA INI AMAT PENDEK MASANYA.AYAH MENGAKU SALAH KERNA AMAT JARANG.MELUANGKAN MASA BERSAMA KALIAN.KDGKALA 100 JAM AYAH DI PERPUSTAKAAN DLM SEBULAN MENCARI BAHAN PENULISAN.WLUPN JARANG BERTEMU, DOA SETIAP SOLAT 5 WAKTU DAN TAHAJJUD SENTIASA DIPANJANGKAN BUAT KALIAN.

ANAKKU, TIADA NAS QURAN HADIS MENGGANTUNG PAKU GODANG DI.KEPALA TIKA PANTANG BERSALIN.JAUHILAH AMALAN BODOH YG TIADA DALILNYA.IKUTLAH AJARAN QURAN HADIS, SELAMAT DUNIA AKHIRAT.

ANAKKU, AYAH TIDAK MAMPU MENJAMIN DIRI SENDIRI KE SYURGA, APA LG MAHU MENJAMIN KALIAN.BERUSAHALAH MENGEJAR SYURGA.BERDOALAH AGAR KITA BERTEMU DI SYURGA.

ANAKKU, AYAH MOHON MAAF KERNA GAGAL MENGHALANG DATOK NENEK KAMU.MEMAKAIKAN TANGKAL.IA SYIRIK.AYAH DIMAKI HAMUN.MRK MALAH FATWA.MUFTI PUN MRK BUANG KE TONG SAMPAH.AYAH BERDOA KALIAN MENJAUHINYA BILA MENCAPAI BALIGH.BELAJARLAH ILMU AGAMA SEBAIKNYA.JAUHKAN SEGALA BIDAH, SYIRIK DAN KHURAFAT.

ANAKKU, KEHIDUPAN REMAJA AMAT.MENCABAR.AYAH TIKA REMAJA HANYA BERTEMAN BUKU DAN MENCARI WANG KETIKA CUTI SEKOLAH.TIADA MASA BERCINTA MELAINKAN CINTA MONYET.

ANAKKU, KETIKA AYAH RINDUKAN KALIAN, AYAH MENANGIS HINGGA PINGSAN.SUKAR UNTUK TERIMA KENYATAAN TUHAN PISAHKAN KITA.NAMUN KEHADIRAN SAFA PD 2005 AYAH DPT MENAHAN PERASAAN.AYAH MASIH MENANGIS RINDUKAN KALIAN TP TIDAK SETERUK DAHULU.

ANAKKU, ANTARA KEPAHITAN HIDUP AYAH IALAH TIDAK DAPAT MENYEBUT PERKATAAN "AYAH MAK" KERNA DITAKDIRKAN MENJADI YATIM PIATU SJK USIA SETAHUN.NAMUN ADA ANAK KANDUNG USIANYA SUDAH 13 TAHUN TIDAK MEMANGGIL DIRI INI AYAH.AYAH MAAFKAN.PANGGILLAH AYAH TIRI SEPUASNYA.AYAH REDHA.


ANAKKU,NAMA KALIAN BERADA DALAM SEMUA BUKU TULISAN AYAH.BEGITULAH KASIHNYA SEORANG AYAH.

ANAKKU, KETIKA AYAH KANAK2, AYAH KE TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH MENGUTIP.PERMAINAN ROSAK.KEMISKINAN MENYEBABKAN AYAH BERDIKARI TANPA MEMBEBANKAN ORG LAIN.

ANAKKU, SEORANG AYAH YG BAIK BUKAN DINILAI BERAPA BANYAK YG DILAKUKAN BUAT KALIAN.LIHAT SHJ BERAPA RAMAI ANAK MENGHANTAR AYAHNYA KE RUMAH ORG TUA SDGKN AYAH ITULAH MEMBERIKAN KASIH SAYANG DAN HARTA BENDA.

ANAKKU, AYAH PERNAH BERMANDI HUJAN MENUNGGU DI TEPI JALAN ...NAMUN TUNGGU PUNYA TUNGGU TIDAK KELIHATAN KELIBAT KALIAN.BERJAM LAMANYA, AKHIRNYA MENAIKI BAS PULANG KEHAMPAAN.

ANAKKU, AYAH TERLALU BYK KESALAHAN DAN KESILAPAN.MALAH TIDAK MAMPU MEMBERI KESENANGAN DAN KEMEWAHAN SPT AYAH LAIN.KEKUATAN AYAH HANYA DOA.

ANAKKU, BUKAN NIAT TIDAK MELAWAT KALIAN DI SEKOLAH RENDAH DAHULU .AYAH BEKERJA SIANG MLM.TAHUN LPS BARULAH BERKELAPANGAN MELAWAT KALIAN.JIKA IKUTKAN KEMAHUAN AYAH ,MAHU MELAWAT KALIAN SEJAK TADIKA SETIAP BULAN.MAAFKAN AYAH.

ANAKKU, KETIKA AYAH BERUSIA 8 DAN 11TAHUN, TANGAN KIRI AYAH PATAH .SEHINGGA SKRG AYAH TIDAK BOLEH MENGANGKAT BENDA BERAT GUNAKAN TANGAN KIRI.NAMUN AYAH PERNAH BEKERJA ANGKAT SIMEN SEBERAT 50KG DEMI.MENCARI REZEKI HALAL.AYAH TEGA.

ANAKKU ERFAN, AYAH IMPIKAN KAMU MEMIMPIN ADIK BERADIK SEBAPA MEMANDIKAN , MENGKAFANKAN, MENJADI IMAM SOLAT JENAZAH DAN MENGEBUMIKAN JASAD AYAH.NAMUN AYAH SEDAR IMPIAN MUNGKIN TIDAK MENJADI KENYATAAN.BIARLAH IMPIAN TINGGAL IMPIAN.....

ANAKKU, KDGKALA AYAH MELAKUKAN 3 KERJA SEHINGGA HANYA TIDUR DUA JAM SHJ.AYAH PERNAH MASUK HOSPITAL AKIBAT TIDAK CUKUP TIDUR TP KALIAN TIDAK PERNAH PEDULI.AYAH FAHAM KESIBUKAN KALIAN SBG PELAJAR.AYAH MAAFKAN.JIKA BOLEH, AYAH DIUSUNG KE KUBUR SEKALIPUN, KALIAN TIDAK PERLU HADIR.AYAH MAAFKAN.AYAH SENTIASA MAAFKAN KALIAN KERNA INILAH HATI DAN JIWA SEORANG AYAH.AYAH SENTIASA MEMAHAMI KESIBUKAN KALIAN.AYAH MASIH MAMPU BERDIKARI.

ANAKKU....KETIKA KALIAN TUNJUKKAN WAJAH KEBENCIAN, AKU TIDAK PERNAH RASA KECEWA.AKU SEDAR KALIAN BERASA MALU BERBAPAKAN LELAKI YG PERNAH BERGELAR PENYAPU SAMPAH JALANAN.AKU SEDAR.


ANAKKU...KALIAN BERTUAH MEMILIKI AYAH TIRI YG KAYA, BERHARTA, BERPANGKAT.AYAH TUMPANG GEMBIRA.JIKA KALIAN DIBESARKAN BERSAMA AYAH, MUNGKIN KALIAN MERASAI NASI BERLAUKKAN KICAP.SYUKURLAH MEMILIKI KEMEWAHAN DAN KESENANGAN.


ANAKKU...AKU TIDAK PERNAH MERANCANG PERPISAHAN.SEGALANYA KETENTUAN ALLAH SWT.AKU MASIH INGAT AZANKAN DAN IQAMAT KE TELINGA KALIAN.MELAGUKAN ZIKRULLAH DODOIKAN KALIAN.AKU TIDAK MAHU APA PUN BALASAN KECUALI MENGHARGAI DIRI INI AYAH KANDUNG KALIAN.BENAR, AKU TIDAK SEKAYA AYAH TIRI KALIAN.NAMUN SEMISKIN AKU, AKU TIDAK PERNAH MENGAJAR KALIAN MEMBENCI IBU KANDUNG.ANDAINYA KALIAN MEMBESAR BERSAMA AKU, AKAN KU BAWA KALIAN BERTEMU IBU KANDUNG SETIAP BULAN.AKU TAKKAN TANAM KEBENCIAN TERHADAP IBU KANDUNG KALIAN.BAGIKU KALIAN PERLU KENAL IBUBAPA KANDUNG SEBENARNYA.SEBURUK DAN SEMISKIN.MANAPUN, AYAH ATAU IBU KANDUNG TIDAK BOLEH DIUBAH SEKALIPUN CUBA MENGUBAHNYA.


ANAKKU....KETIKA IBUMU SDG SAKIT MAHU BERSALIN, AYAH HANYA MAMPU MENUNAIKAN SOLAT HAJAT DAN BERDOA.ITULAH SHJ YG AYAH MAMPU LAKUKAN.SAYANGILAH IBU KALIAN NAMUN JGN TAATI DLM MAKSIAT.AYAH TIDAK BERKECIL HATI JIKA KALIAN SAYANGKAN IBU 99% DAN AYAH HANYA DPT 1%.IBU PERLU LEBIH DISAYANGI KERNA SUSAHNYA MENGANDUNGKAN KALIAN.AYAH REDHA.


ANAKKU....AYAH BERDIKARI SEJAK KANAK2.TANPA IBUBAPA .PENJAGA TIDAK MEWARISKAN HARTA KECUALI KASIH SAYANG.AYAH BEKERJA KILANG KAYU, KILANG BESI, KILANG KASUT DAN MCM2 KILANG.AYAH JUGA BEKERJA SBG PEMOTONG RUMPUT DAN PENYAPU SAMPAH.PELBAGAI KERJA HALAL AYAH LAKUKAN TANPA PERNAH BERASA MALU DGN GAJI RM13 SEHARI.AYAH BELAJAR BERDIKARI DAN TIDAK MENGELUH DGN NASIB DIRI.JANGAN MENGHARAPKAN HARTA PUSAKA ATAU WANG BERJUTA.BELAJAR BERDIKARI DAN JANGAN MENGELUH.AYAH TANPA IBUBAPA DAN ADIKBERADIK TERUSKAN KEHIDUPAN DGN PELBAGAI KERJA TERMASUK MENCUCI KERETA DGN UPAH RM2.KETIKA USIA.10 TAHUN AYAH BEKERJA DI PASAR MALAM SEHINGGA TAPAK TANGAN MELECUR TERKENA RENJATAN ELEKTRIK.AYAH DAH MERASAI PELBAGAI KEPAHITAN DAN KESUSAHAN .AYAH FAHAM KALIAN MUNGKIN BERASA MALU MEMPUNYAI AYAH YG TIADA APA2 KECUALI KASIH SAYANG.BENAR KASIH SAYANG TIDAK MEMBERI MASA DEPAN.NAMUN HANYA ITU YG AYAH MILIKI......