Thursday, 29 December 2016

AMIRUL ERFAN 25 JANUARI 2017

ASSALAMUALAIKUM





PERTAMA  SEKALI AYAH DOAKAN ERFAN,SIHAT WALAFIAT DAN MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 15 DENGAN GEMBIRA.BIARKAN AYAH DENGAN AIR MATA.AYAH DAH BIASA DENGAN AIR MATA.


SEJAK USIA SETAHUN,AYAH KEHILANGAN IBU BAPA TERSAYANG DAN JADILAH AYAH SEORANG ANAK YATIM PIATU.SEJAK MENGETAHUI DIRI INI SEORANG ANAK YATIM PIATU,AYAH BERMANDIKAN AIR MATA SIANG DAN MALAM.
MUJURLAH ADA DATOK NENEK SEBELAH IBU MEMBERIKAN KASIH SAYANG SEPENUH HATI DAN PERASAAN MEMBESARKAN AYAH.


KASIH SAYANG DATOK DAN NENEK ,PERHATIAN,PENJAGAAN DAN SEBAGAINYA TELAH MENGURANGKAN AIR MATA KESEDIHAN BERGELAR YATIM PIATU.AMAT BESAR JASA MEREKA MEMBERI KASIH SAYANG DAN PERHATIAN.


APABILA MERINDUI IBU BAPA,AYAH MEMANGGIL DATOK ITU ‘AYAH’ DAN NENEK ITU ‘MAK’.MEREKALAH IBU BAPA AYAH SEJAK KEMATIAN IBU BAPA TERSAYANG.MEREKALAH SEGALANYA BAGI AYAH.


APABILA KEDUA-DUA DATOK NENEK MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 2013,AYAH KEHILANGAN TEMPAT BERMANJA DAN PERHATIAN.TIADA LAGI KATA NASIHAT DAN KASIH SAYANG ….


APABILA MENZIARAHI PUSARA ARWAH DATOK,MATA INI BERKACA.TERINGAT SEORANG DATOK YANG TUA MENGAYUH BASIKAL MENGHANTAR AYAH INI KE SEKOLAH SETIAP PAGI DAN PETANG.KETIKA USIA AYAH 10 TAHUN,BARULAH AYAH MENGAYUH SENDIRI BASIKAL KE SEKOLAH.


KETIKA BERUSIA 8 TAHUN DI SEKOLAH,AYAH CEDERA KETIKA BERSUKAN DAN PATAH TANGAN KIRI .


6 BULAN AYAH TIDAK KE SEKOLAH DAN SEHINGGA HARI INI TANGAN KIRI AYAH TIDAK BOLEH MENGANGKAT BENDA YANG BERAT.


NAMUN KEKURANGAN BUKANLAH ALASAN UNTUK GAGAL DALAM PELAJARAN.MEMBESAR SEBAGAI YATIM PIATU,TANGAN KIRI PATAH,AYAH MENCATATKAN KEPUTUSAN CEMERLANG DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH.SEHINGGA KINI,AYAH MASIH MENZIARAHI GURU SEKOLAH RENDAH YANG BANYAK BERJASA KEPADA AYAH SEPERTI CIKGU AZIZAH,CIKGU ISMAIL,USTAZAH MARYAM DAN LAIN-LAIN.



AYAH SENTIASA DOAKAN SEMUA GURU ,PENSYARAH DAN SEDEKAHKAN AL-FATIHAH BUAT MEREKA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.
PABILA TIBA JANUARI,PASTI ADA AIR MATA AKAN TUMPAH.TERINGAT TARIKH KERAMAT 25 JANUARI SETIAP TAHUN .



KETIKA IBU KAMU SARAT MENGANDUNG,AYAH SENTIASA MENUNAIKAN SOLAT TAHAJJUD DAN HAJAT DAN ALHAMDULILLAH IBU KAMU SELAMAT MELAHIRKAN KAMU DALAM KEADAAN SIHAT WALAFIAT DI HOSPITAL MUAR.
AYAH HANYA SEMPAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PERTAMA DAN KEDUA.SELEPASNYA TIDAK BERPELUANG DAN KINI ERFAN TELAH MENJANGKAU 15 TAHUN.



AMAT PANTAS MASA BERLALU….SEAKAN BARU SEMALAM MELAUNGKAN AZAN DAN IQAMAT DI TELINGA KAMU.



MAAFKAN AYAH.AYAH BUKAN PENULIS SURATAN TAKDIR.


AYAH BUKAN SANG ALGOJO YANG MAMPU MEMERINTAHKAN SEGALANYA.


AYAH HANYA SEORANG INSAN  BIASA,HIDUP DI BAWAH EHSAN RABB YANG MAHA PERKASA.AYAH REDHA DAN QANAAH SEGALA SURATAN BAIK ATAU BURUK.
TEPAT  25 JANUARI SETIAP TAHUN,MATA INI BERGENANG DAN ADIK-ADIK ERFAN YANG TINGGAL BERSAMA AYAH PASTI MENGINGATINYA.



MEREKA MEMAHAMI 25 JANUARI AMAT PENTING DALAM HIDUP AYAH.MEREKA TAHU AIR MATA SEORANG AYAH YANG RINDUKAN ANAK SULONGNYA.MEREKA MEMAHAMI BILA TANGISAN INI MENGALIR SEPANJANG MALAM MERINDUI SEORANG ANAK SULONG YANG AMAT DIKASIHI.



SEBAGAI SEORANG AYAH ,TIDAK MAMPU MELAKUKAN APA YANG SEPATUTNYA SEBAGAI SEORANG AYAH.MENYUAPKAN KEK,MEMBELIKAN PAKAIAN BARU,MEMBERIKAN HADIAH NAMUN PELUANG SEBAGAI SEORANG AYAH TELAH DIRAGUT MANUSIA DURJANA  DAN EGOLISTIK  SEJAK 12 TAHUN LAMPAU HINGGALAH KINI.AYAH REDHA DALAM KEPAHITAN.


MASA-MASA EMAS YANG TELAH BERLALU TIDAK AKAN BERULANG KEMBALI,APA YANG MAMPU AYAH LAKUKAN HANYALAH BERDOA UNTUK KESEJAHTERAAN ERFAN  PADA 25 JANUARI.AYAH MERENUNG SEMUA GAMBAR ERFAN KETIKA MASIH BAYI HINGGALAH REMAJA.


APA YANG PASTI,KEHIDUPAN ERFAN DENGAN IBU KANDUNG DAN AYAH TIRI YANG KAYA RAYA LEBIH SEMPURNA BERBANDING AYAH YANG KAIS PAGI MAKAN PAGI,KAIS PETANG MAKAN PETANG.ITULAH REZEKI ERFAN.

ALHAMDULILLAH ….


JIKA ERFAN TINGGAL BERSAMA AYAH,MUNGKIN TERASA MENYESAL BERLAUKKAN KICAP MANIS DAN LAUK TANPA GARAM SEPANJANG MINGGU,BULAN DAN TAHUN.ALANGKAH BERTUAHNYA BERADA DALAM KELUARGA KAYA RAYA.BERSYUKURLAH.ITU SURATAN ERFAN.


AYAH MOHON MAAF KERANA PADA TARIKH PENTING 25 JANUARI 2017 ,AYAH TIDAK DAPAT BERSAMA-SAMA ERFAN,MERAIKAN ULANGTAHUN ERFAN KE 15 TAHUN.


AYAH MELIHAT ERFAN SEMAKIN MATANG,BOLEH DIAJAK BERBUAL DAN BERDIKARI.AYAH MOHON MAAF ATAS SEGALA KEKURANGAN DAN KELEMAHAN AYAH YANG TERLAMPAU BANYAK.TAK MAMPU DIHITUNG DENGAN JARI.AYAH SEORANG INSAN NAIF,JAHIL,MISKIN.SEGALA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN MILIK AYAH……



MOYANG TERAKHIR DAN TERDEKAT TELAH MENINGGAL DUNIA DAN AYAH TELAH MAKLUMKAN KEPADA PIHAK SEKOLAH DAN LAYANAN PIHAK SEKOLAH AMAT MENAKJUBKAN.MOYANG TERAKHIR,HAJJAH MARYAM ADALAH KAKAK IPAR KEPADA MOYANG ERFAN,ALLAHYARHAMAH HAJJAH KHADIJAH .APABILA KEDUA-DUA MOYANG ERFAN MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 2013 ,ERFAN TIDAK HADIR ,MUNGKIN BERANGGAPAN KETURUNAN SEBELAH AYAH KANDUNG TIDAK SEHEBAT  IBU KANDUNG DAN AYAH TIRI……..TIDAK MENGAPA,TUHAN MAHA MENGETAHUI.



MEMANG SEDIH MELIHAT JENAZAH MOYANG KAMU DIMANDIKAN,DISOLATKAN,DIKEBUMIKAN TANPA KEHADIRAN KAMU.AYAH PUN TAK FAHAM APAKAH PENGAJARAN DAN DIDIKAN IBU KANDUNG DAN AYAH TIRI KAMU ,MUNGKIN MEREKA MENGANGGAP MOYANG ERFAN SEBELAH AYAH KANDUNG  TIDAK SEHEBAT MOYANG MEREKA….



MOYANG KAMU MENINGGAL DUNIA DALAM RAMADHAN ,4 TAHUN LEPAS.ADAKAH KAMU TAHU ATAU TIDAK,AYAH PUN TAK TAHU.MEMPUNYAI KERETA MEWAH,GAJI YANG BESAR ,NAMUN TIDAK MAMPU MEMBAWA ERFAN MENZIARAHI JENAZAH MOYANG BUAT KALI TERAKHIR …BETAPA MISKINNYA JIWA MEREKA.BENARLAH KATA HUKAMA’


“MISKIN JIWA LEBIH HINA BERBANDING MISKINNYA HARTA”


MUNGKIN MAZHAB USTAZ AMOM  DAN USTAZAH ALISA TIDAK MEMBENARKAN ERFAN MENZIARAHI MOYANG BUAT KALI TERAKHIR KONONNYA TIDAK SEMULIA KETURUNAN MEREKA.MUNGKIN JUGA KETURUNAN MEREKA BERDARAH PUTIH SEPERTI MAHSURI,KETURUNAN AYAH HANYA BERDARAH MERAH …


ITULAH KASTA YANG DIAJAR OLEH IBU KANDUNG DAN AYAH TIRI KAMU?
MEMANG MENYEDIHKAN TIDAK MELIHAT ERFAN PADA HARI TERAKHIR JENAZAH MOYANG KAMU BERADA DI ATAS BUMI.MALAH SEHINGGA KINI PUN ,MUNGKIN ERFAN TDIAK PERNAH MENZIARAHI PUSARA MOYANG ….MUNGKIN JUGA TIDAK TAHU DI MANAKAH PUSARA MEREKA.


AYAH MASIH TIDAK MEMAHAMI  AJARAN DAN DIDIKAN IBU KANDUNG DAN AYAH TIRI ERFAN.MEREKA SENTIASA ANGGAP DIRI MEREKA MAHA MULIA,MAHA HEBAT,MAHA BENAR,DAN BAPAK SEGALA MAHA MILIK MEREKA.
MANAKALA AYAH KANDUNG INI PALING BODOH,PALING BEBAL,PALING JAHIL,PALING MISKIN…

TAHUN INI,2017 ,TAHUN YANG AMAT PENTING KEPADA ERFAN.


PT3  ADALAH UJIAN  AWAL  YANG JUGA  PENTING DALAM SEKOLAH MENENGAH SEBELUM SPM MENJELMA.


Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris/Sains/Matematik/Sejarah/Geografi/Pendidikan Islam
Kemahiran Hidup/Bahasa Arab
A Cemerlang (85 – 100)
B Kepujian (70 – 84)
C Baik   (60 – 69)
D Memuaskan (50 – 59)
E Mencapai tahap minimum (40 – 49)
F Belum mencapai tahap minimum (1 – 39)



WLUPUN AYAH SIBUK DENGAN PELBAGAI URUSAN,AYAH SENTIASA MEMERHATI SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ERFAN.JANGAN INGAT,AYAH BERJAUHAN DAN AYAH TIDAK PEDULI DENGAN PENDIDIKAN KAMU.


AYAH MEMANTAU KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ERFAN SEJAK ERFAN TAHUN 3 DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BUKI BATU LAGI ,WALAUPUN SEKALI PUN AYAH TIDAK PERNAH MELAWAT KAMU DI SANA.AYAH SENTIASA MENGHUBUNGI PIHAK SEKOLAH BERTANYA KAMU DAN GURU BESAR SKSBB YANG MMS SLIP KEPUTUSAN UPSR 6A  ERFAN DAHULU.TERIMA KASIH GURU BESAR.


AYAH SENTIASA DOAKAN KEJAYAAN ERFAN DALAM PELAJARAN WALAUPUN IBU KANDUNG DAN  AYAH TIRI KAMU YANG DAPAT KREDIT,AYAH TAK KISAH.BIARLAH DUNIA MEMBENCI AYAH KERNA AYAH MISKIN DAN BODOH,NAMUN TUHAN MAHA MENGETAHUI AYAH BERTAHAJJUD DOAKAN KAMU SEPANJANG MALAM DISULAMI TANGISAN.


KEPUTUSAN ERFAN AKHIR TAHUN 2A,6B,2C AMAT MENYEDIHKAN.AYAH BERASA  DAN MENJANGKA ERFAN BOLEH MENDAPAT KEPUTUSAN  7A 2B 1 C ,NAMUN KEPUTUSAN TELAH BERLALU.JIKA AYAH BERDEKATAN,AYAH MAHU BUAT TUISYEN SETIAP HUJUNG MINGGU BUAT ERFAN SEBAB PT3 AMAT PENTING NAMUN APA NAK DIKATA,AYAH BERADA JAUH DAN KESUNTUKAN MASA.

ADIK  KAMU,NUR AS SAFA AKAN MENGAMBIL UPSR DAN AYAH HARAP KAMU DOAKAN DIA BERJAYA DENGAN CEMERLANG .AYAH MAHU DIA BERJAYA SEPERTI KAMU KETIKA PEPERIKSAAN UPSR LEPAS.


AYAH SENTIASA DOAKAN SEMUA ANAK KANDUNG AYAH CEMERLANG DALAM PELAJARAN.


BAGI MEMUDAHKAN ERFAN BERHUBUNG DENGAN AYAH MELALUI INTERNET ,GUNAKAN :


https://hangouts.google.com/
Emel : amirulerfansaat@gmail.com
Password : XXXXXXXXXX

nanti password ,ERFAN BOLEH TUKAR .


KITA BOLEH CHAT,BERBUAL DAN BERKONGSI MENGENAI MATA PELAJARAN DAN SEBAGAINYA.IA MENJIMATKAN MASA.ERFAN BOLEH BERTANYA APA SAHAJA MELALUI CHAT TERSEBUT.


BELAJARLAH GUNAKAN INTERNET SEBAGAI WAHANA PERHUBUNGAN KITA.
KADANGKALA AYAH AMAT SEDIH KERNA ERFAN APABILA MENGHUBUNGI AYAH,HANYA SEMINIT DUA SAHAJA BERBUAL SEDANGKAN KITA BOLEH BERBUAL LAMA.BANYAK PERKARA MENGENAI PELAJARAN AYAH MAHU KONGSIKAN DENGAN ERFAN.


MANAKALA AYAH  TIDAK DAPAT MELAWAT ERFAN SELALU LANTARAN KESIBUKAN KERJA SIANG WAL MALAM.


WLUPUN KITA BERJAUHAN,DOA AYAH SENTIASA BUAT ERFAN,DULU,KINI DAN SELAMANYA…


AYAH SUKA BLOGGING DAN INI SALAH SATU BLOG AYAH :
http://cerpensaat.blogspot.my/


25 JANUARI MEMBAWA MAKNA YANG BESAR DALAM KEHIDUPAN AYAH,NAMUN TARIKH ITULAH JUGA AYAH DISULAMI AIR MATA MERINDUI ANAK SULONG BERNAMA AMIRUL ERFAN.TARIKH ITU JUGA SEAKAN MIMPI NGERI TANPA PENAMATNYA.


SEMPENA ULANGTAHUN KAMU KE 15,AYAH MENDOAKAN KAMU DISIHATKAN BADAN,DIMURAHKAN REZEKI,DIPANJANGKAN USIA,DIBERI KEJAYAAN CEMERLANG DALAM PELAJARAN.


AYAH JUGA MENDOAKAN ERFAN MENJADI CONTOH TERBAIK KEPADA ADIK KESAYANGAN NUR AS SHAFIAH DAN RAJIN-RAJINLAH MENASIHATINYA AGAR LEBIH TEKUN DALAM PELAJARAN.KEPUTUSAN AKHIR TAHUN SHAFIAH AMAT MENYEDIHKAN.AYAH BERDOA SHAFIAH BERUBAH MENJADI SEORANG PELAJAR YG LEBIH RAJIN MENGULANGKAJI PELAJARAN DAN PERBAIKI KELEMAHAN.
AYAH MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN ANDAINYA TERKASAU BAHASA,TERSILAP BICARA,TERSASUL KATA DAN SEBAGAINYA.


SEMOGA ALLAH SWT TEMUKAN KITA DI JANNAH NANTI,AMIN.
SEMOGA MAJU JAYA DUNIA AKHIRAT!



AYAH MISKIN HARTA NAMUN
KAYA INSANIAH ………….








………………………………………..




Saturday, 10 December 2016

Teaching ENGLISH


Berbekalkan sedikit ILMU,Ayah mengajar anak-anak .

Semoga kalian berjaya ................

Friday, 9 December 2016

2016 AKAN BERAKHIR

Hari ni 10 Disember .................

Shafiah,maafkan Ayah kerna tidak menziarahi kamu sepanjang 2016 ........

Pelbagai kesulitan dan kesukaran dilalui dalam kehidupan ini.

Semoga MEMAHAMI.......

Ikhlas,

Ayah